Wednesday, June 25, 2008

My Week In KL

Imagine u watch 3 movie in 1 day, this is i done when i in kl.. huhu.. im addicted to movie... first start with Get Smart, and then Hulk, And then Made Of Honour and then Bank job Lastly Kung Fu Panda... huhu coming thursday is my day to watch wanted..... come join me

Sunday, June 8, 2008

Bangkit daripada kegagalan

Seseorang yang gagal dalam cubaan pertama mesti belajar daripada kesilapan dan membaikinya.


KEINGINAN untuk berubah tetap ada dalam diri seseorang. Memang ramai orang yang gagal mencapai kejayaan tetapi mereka terus berusaha.

Cuba renungkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah bantuan (untuk menghadapi kesusahan dalam menyempurnakan perintah Tuhan) dengan sabar dan mengerjakan solat." - (Surah al-Baqarah: 153)

Ketika sedih, hampa, sakit hati, takut dan risau, inilah masanya kita perlu bangkit dengan segera dan bersolat. Apa yang diperlukan pada masa itu adalah ketenangan jiwa. Dan solat merupakan penyejuk hati dan pembuka kebahagiaan.

Apabila semangat semakin luntur dan kita tidak tahu ke mana hendak dituju, duduklah sebentar dan fikirkan kembali apa yang kita telah lakukan.

Elok juga kalau kita belajar daripada kisah seekor keldai yang hampir mati tertimbus.

Di sebuah kampung di pedalaman, keldai merupakan harta penting untuk petani. Suatu hari, seorang petani mundar-mandir di sekitar rumahnya kerana mencari keldai yang hilang. Setelah penat, dia duduk di pangkin rumahnya memikirkan nasib keldai itu.

Kemudian, perlahan-lahan dia mendengar suara rengekan seakan-akan seseorang berada dalam kesusahan. Beringsut-ingsut si petani mencari arah suara itu dan rupa-rupanya itu ialah suara keldai yang sedang dicarinya.

Keldai itu tersesat dan terjatuh ke dalam perigi lama yang dilitupi daun-daun pokok di atasnya.

"Apa yang harus dibuat? Perigi ini dalam dan kalau ditarik keluar, terlalu bahaya," bisik hatinya. Lama berfikir, dia memutuskan untuk menimbus sahaja keldainya.

Si petani mengajak beberapa orang rakannya untuk mengambus perigi tadi.

Semasa membuat kerja, dia menutup kedua-dua telinganya kerana tidak sanggup mendengar pekikan keldainya. "Cepat timbus, biar suara keldai ini tidak kedengaran lagi."

Peluh mencurah-curah keluar dari dahi petani dan rakan-rakannya.

Sehinggalah suara keldai tidak kedengaran barulah mereka berhenti. Menyangka keldai sudah mati, mereka berdiri di tepi perigi untuk melihat apa yang berlaku.

Sungguh menakjubkan! Pandangan mereka terpaku pada seekor keldai yang masih kuat, segar dan sambil menggoyang-goyangkan ekor ke kiri dan kanan.

Setiap kali tanah jatuh ke atas badannya, keldai itu akan menggoyangkan punggungnya, menjatuhkan timbunan tanah lalu menginjak-injak sehingga menjadi padat.

Melihat keadaan ini, petani tambah bersemangat dan menyiapkan usaha mereka sehinggalah keldai itu dapat melompat keluar dan berlari pergi.

Seperti juga kisah keldai ini, kehidupan kita akan terus dituangkan tanah dan kekotoran yang berupa kesedihan, masalah, ujian dan cubaan hidup.

Hanya ada satu cara untuk keluar daripada keadaan tersebut iaitu menggerakkan akal untuk membuang segala kesedihan daripada hati.

Dengan cara itulah, anda dapat menjadikan semua masalah seperti tanah untuk dipijak dan melompat keluar dari perigi kesengsaraan.

Kejayaan dan kegagalan untuk berubah adalah silih berganti. Tidak ada sesuatu yang kekal kerana setiap masa kita berubah.

Hanya kepada Allah kita berharap dan memohon pertolongan.

Allah berfirman: "Tidakkah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu (Ya Muhammad)? Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat. Yang memberati tanggunganmu. Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu? Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain pula). Dan kepada Tuhanmu kamu berharap." - Surah al-Insyirah: 1-8

Gagal adalah sunah kehidupan. Yang lalu biarlah berlalu. Kita perlu pandang ke hadapan.

Ahli sukan yang bangga dengan kejayaan, jutawan yang megah dengan kekayaan dan ahli politik yang teruja dengan kekuasaan bersetuju bahawa seseorang yang gagal dalam cubaan pertama mesti belajar daripada kesilapan dan membaikinya!

Tanda si dia teman sejiwa

Adakah si dia wanita atau lelaki impian yang dicari selama ini?


SETELAH sekian lama menjalinkan hubungan cinta, ikatan antara kamu dan dia diibaratkan seperti dua kutub yang berbeza. Mungkinkah si dia teman sehati sejiwa yang dicari selama ini? Atau lebih baik putuskan sahaja hubungan dengannya?

Baik wanita mahupun lelaki, dapat dihitung dengan jari berapa kali mereka berperang dingin selama menjalin hubungan. Ia sama rutinnya dengan jadual menstruasi wanita pada setiap bulan.

Kebiasaannya, pertelingkahan akan tercetus disebabkan kurang persefahaman, komunikasi atau tingkah laku baik lelaki mahupun wanita, tetapi masing-masing tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri meskipun merasakan terdapat persamaan antara mereka.

Kata orang, pergaduhan selalunya akan berakhir dengan ikatan kasih sayang tetapi ada juga yang diakhiri dengan ucapan selamat tinggal.

Jalan terbaik, kumpul dan jumlahkan masa pertengkaran kamu berdua, lantas anggaplah sebagai satu indikasi bahawa si dia bukan lagi teman sehati sejiwa kamu.

*** Membaca tanda

Penantian seribu penyeksaan. Ramai orang mencari dan menunggu insan bergelar teman sejiwa sehingga bertahun-tahun lamanya. Malah, ramai juga yang mempercayai ada seseorang yang diciptakan untuk mereka.

Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Rutgers Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2001 mendapati, 94 peratus daripada masyarakatnya yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun mengharapkan pasangan mereka menjadi teman sehati sejiwa selepas berkahwin.

Sehingga kini, tiada lagi teori yang mengatakan semua orang memahami definisi belahan jiwa. Secara umumnya, definisi teman sehati sejiwa adalah seseorang yang mempunyai cara pemikiran dan perasaan yang sama atau secocok dengan pasangannya.

Merujuk pada buku 21 Ways to Attract Your Relationship oleh seorang pakar perhubungan, Arian Sarris, beliau telah memberikan beberapa ciri-ciri seorang teman sehati sejiwa, dalam mengukuhkan lagi ikatan cinta dengan pasangannya.

*** Saling membantu

Tidak kira siang atau malam, panas atau hujan, kamu dan si dia sentiasa saling bantu-membantu.

Bantuan yang dihulurkan tidak perlulah melibatkan orang lain. Ini kerana, dengan hanya melibatkan tenaga kamu berdua, semua yang dilakukan akan terasa lebih menyenangkan.

*** Bersikap santai

Adakah si dia seorang yang bersikap santai ketika bersama kamu? Ini bukan bermakna dia bersikap berlebih-lebihan untuk mengesan gerak-geri kamu, tetapi dia tidak terlalu memilih atau mementingkan cara berpakaian, gerak-geri, cara berbicara sewaktu bersama kamu. Setiap ucapan yang dilemparkan tampak begitu spontan dan tidak palsu.

*** Konteks jiwa

Kehadiran kamu seperti sudah dikurniakan untuknya. Tanpa perlu berbicara, kamu dan si dia seperti sudah memahami apa yang ingin dikatakan. Saling memahami hati dan perasaan, sehingga boleh menduga setiap reaksi serta fikiran pasangan pada situasi yang tertentu.

*** Tidak kenal erti jemu

Meskipun hampir berjam-jam kamu dan si dia menghabiskan masa bersama, tetapi perkataan jemu atau bosan tidak pernah sesekali bermain di bibir. Bagi kamu, tiada yang lebih membahagiakan selain dapat bersama.

*** Hadir di setiap situasi

Siapakah insan pertama yang akan hadir tatkala kamu dirundung masalah? Adakah dia atau teman-teman sepejabatmu?

Sekiranya ya, dia seorang yang paling memahami kamu sekali pun ketika di saat mengalami simptom pramenstrual. Tanpa perlu dipinta, dia seringkali datang kepada kamu dalam apa jua situasi yang berlaku.

*** Saling terbuka

Di hadapannya, kamu sering menceritakan tentang masa lampau ahli keluarga dan begitu juga sebaliknya. Bercerita tentang apa yang pernah kamu berdua lakukan pada masa lalu, tanpa mengubah perasaan kamu berdua. Kamu tidak malu untuk memperlihatkan kekurangan diri, bahkan tiada masalah apabila tampil kelakuan aneh di hadapannya.

Jika tanda-tanda ini terdapat pada si dia, kamu memang seorang yang beruntung. Namun, bagaimana pula di sebaliknya? Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan, fahami dan bincang secara profesional.

*** Cinta perlukan ujian

Sebahagian besar pasangan yang baru menjalinkan hubungan cinta akan menganggap, mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama. Tetapi pada umumnya, perasaan manis itu akan berakhir jua setelah persoalan hidup mulai timbul.

Kadang-kadang, manusia sering termakan tema percintaan. Bila merasakan diri tidak secocok, lalu mereka akan mengambil kesimpulan dengan cara memutuskan sahaja perhubungan.

Apa yang berlaku akan dijadikan kebenaran untuk mengakhiri sesebuah hubungan? Padahal, untuk menjadi seorang teman sehati sejiwa, ia perlu diuji dengan ketepatan waktu dan cara menambat hati pasangan.

Thursday, June 5, 2008

Price of Petrol Increase... Who Will Come Down ????




Yesterday Malaysian Has been shocked by our Own Prime Minister around 3pm malaysia time... he announced our petrol price sell in domestic will be increase from RM1.92 to Rm2.70 per liter.. increase of RM0.72 about 40% of normal price sell before, imagine how much we have to pay to consume petrol nowadays, is he out of his mind, how come we want to pay for petrol if this thing happen, for me using my old Kancil before i just have to spend RM50 for full tank, but after this i have to spend around RM80 for kancil full tank, why Malaysian been treat like this, especially student like me also, just what i want to say... let we pray to God and let miracle happen to price of petrol decrease...

Monday, June 2, 2008

jangan silap buat pilihan

Seorang ayah berjalan mundar-mandir di lorong
hospital,gelisah akan keadaan isterinya yang akan
melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa
jam dia menunggu, tak jua terdengar tangisan
bayi.Tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-
gopoh keluar dari ruang persalinan menuju
kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh
harap."Maaf encik, kami sudah berusaha,
keadaannya amat kritikal.Si ibu sudah tak
sedarkan diri!" jawab doktor itu."Jadi bagaimana
doktor ....?""Kami tak mungkin dan tak berupaya
untuk menyelamatkan keduanya, tapi...masih ada
harapan.


Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si
ibu, atau menyelamatkan si bayi. Lelaki tersebut
kebingungan, dan tak dapat berkata-
kata......."Maaf encik, setiap saat amat berharga,
tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor
itu.Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun
berkata dengan nada sayu,"Doktor, saya sangat
bingung... Saya serahkan sepenuhnya kepada
doktor.Tolong lakukan yang terbaik!"
pintanya.Doktor pun bergegas kembali ke ruang
persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman
menangani masalah darurat atau kritikal seperti
ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.


Ini adalah salah satu contoh, bagaimana
keyakinan beragama boleh mempengaruhi
keputusan disaat genting. Seorang doktor
beragama kristian/katolik, ia akan berusaha
menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si
ibu.Bagi doktor muslim, ia akan berusaha
menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.
Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang
sukar, tapi itulah jalan terakhir
danmuktamat.Mengapa ia boleh berlaku seperti
demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir
sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal
dengan "dosa waris" atau "dosa asal".

Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi
Adam dan Hawa untuk menebusnya, ia harus
mengikuti seorang penyelamat yakni penebus
dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu
akan berjuang sedaya upaya untuk
menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir
dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya
terpaksa mengorbankan si ibu ..Doktor berharap,
setelah anak itu lahir ia akan mendapat
kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan
menebus dosanya. Jika si anak meninggal
sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk
neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam
keadaan fitrah/suci.
Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si
ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi tidak akan
masuk neraka.Dengan terselamatnya si Ibu,
insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai
kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-
mudahan mendapat ganti yang lebih baik, yang
lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat
diselamatkan, biarlah ia kembali ke Penciptanya
dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya
bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu
daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang
yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki
tadi tak sempat untuk memastikan agama doktor
tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada
doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan
kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran
agama yang kita anut, akan menentukan jalan
hidup kita. Sejak bangun tidur, kita sudah
dihadapkan kepada pilihan.


BERFIKIRLAH SEBELUM MEMBUAT
SEBARANG PILIHAN..KERANA PILIHAN KITA
HARI INI AKAN MENENTUKAN CORAK HIDUP
KITA DIMASA AKAN DATANG

Y

benci dgn pompuan yg KAKI KENCING...tp malangnya ramai pompuan zmn skg yg ske mnipu lebih drpd kaum lelaki...huh

S

Ya Allah Ya tuhanku,
jika AKU sememangnya dilahirkan dan ditakdirkn AKU utk DIA dan juga DIA utk AKU,
Kau butakan lah mataku dr melihat yg lain..
jika AKU dilahirkan dan telah ditakdirkan dlm ketentuan Mu yg AKU bkn utk DIA dan DIA bukan utk AKU,
Kau butakanlah mata ku dr melihat DIA N jauhkn KU dari nye selama-lama nyer..
Amin

My Youtube Channel

https://www.youtube.com/user/mhconan/featured?view_as=subscriber