Monday, December 5, 2011

Hari Asyura



9 Muharram 1433

"Hari Asyura?Hari apa tu?"

Sedih.Cukup sedih bila ada rakan seagama tidak tahu mengenai Hari Asyura ini dan lebih tahu malah merayakan hari-hari perayaan seperti 'Thanksgiving Day' dan 'Halloween Day'.Inilah realitinya hidup di kota raya yang saban masa disogokkan dengan pesta keramaian dunia yang melekakan sehingga hari-hari bersejarah agama tidak diketahui malah diperkecilkan kepentingannya.

_____________________________________

Sebagai pembuka,Hari Asyura adalah hari yang ke-10 dalam bulan Muharram.

"Apa yang berlaku sebenarnya pada Hari Asyura ni?"

ALLAH s.w.t menciptakan :

1)Alam
2)Rahmat
3)Hujan
4)Luh Mahfuz
5)A'rasy
6)Malaikat Jibril
7)Nabi Adam & Hawa
8)Lahirnya Nabi Ibrahim
9)Nabi Ibrahim diselamatkan dari api pembakaran Raja Namrud
10)Fir'aun ditenggelamkan dalam Laut Merah yang terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya
11)Penyakit kulit Nabi Ayyub disembuhkan
12)Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan
13)Taubat Nabi Adam diterima
14)Dosa Nabi Daud diampunkan
15)Nabi Sulaiman dikurniakan kerajaan yang besar
16)Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
17)Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa
18)Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
19)Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan.
20)Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
21)Nabi Isa diangkat ke langit.
22)KIAMAT akan jatuh pada hari Asyura - Jumaat.

_____________________________________

"Apa perkara sunat yang boleh kita buat pada Hari Asyura ni?Fadhilatnya?"

1)Melapangkan masa / belanja ahli keluarga
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2)Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkan kubur nanti.

3)Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat kelak Allah akan menempatkan di kalangan golongan yang redha.

4)Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

5)Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

6)Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidup yang sentiasa diterangi cahaya keimanan.

7)Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
Lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

8)Bercelak
Fadhilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

9)Membaca QulhuwAllah hingga akhir 1000x
Fadhilat - Allah akan memandang dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

10)Sembahyang sunat 4 rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
*Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah 11x.

11)Membaca 'Hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiir'
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini,insyaALLAH.

12)Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13)Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
Fadhilat - Diberi pahala 10,000 malaikat,10,000 orang berhaji/berumrah dan 10,000 pahala orang mati syahid.

*Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari ke-9 Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari ke-10 Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharramlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim.
_______________________________________

Jadi setelah mengetahui serba sedikit mengenai Hari Asyura ini,aku benar-benar berharap agar kita tidak mensia-siakannya,insyaAllah.

Selamat berpuasa sunat semua!


P/s : Mungkin ini Hari Asyura kita yang terakhir kali?

My Youtube Channel

https://www.youtube.com/user/mhconan/featured?view_as=subscriber