SUAMI KELUAR MASUK DISKO
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai dari suamiku. "Kenapa..?" tanya temannya kehairanan. "Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko," jawab si ibu muda. "OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi. "Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu Muda.
BINI DAPAT TAHU
Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya. "Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang"
"Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?" tanya si teman penuh simpati. "Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau... ."
TIDAK PERNAH BERI SUMBANGAN
Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Akhirnya penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.
Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin.
En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke mari Tok... ?
Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan kampung ini. En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?
Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu... saya tak tau pulak.. En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan? Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta ma... .. (sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah) En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan? Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf). En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.
"INGAT SAYA BERSENANG LENANG DI SINI?"
Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari dia memarahi suaminya "Oh, abang selalu bersenang lenang di luar dan meninggalkan saya di rumah!"
Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana , si suami memesan minuman keras seperti biasa dan memesankan satu gelas untuk isterinya.
Ketika si isteri cuba meminumnya, dia terus memuntahkan nya kembali.
"Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung... ! " rengus si isteri.
"Tulah, jadi jangan anggap saya bersenang lenang di sini... "
HUKUMAN MATI
Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti.
"Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semua nya terjadi dalam masa yang sangat singkat," warden itu berkata.
Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan.
"Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat," katanya. Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia berkata, "Tak ada masalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa... "
MENANG LOTERI RM3 JUTA .
Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya secara tiba-tiba. Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak! Isteri: Kenapa Bang? Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit. Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk bercuti ke mana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara ke Bang? Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak hendak pergi. Yang penting, awak seorang yang keluar dari rumah ini!
"SINI TAK BOLEH BERENANG" .
Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun. Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, "Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!"
Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. "Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?" soal wanita tersebut. "Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian," jawab pemilik dusun dengan selamba.
PUKUL BERAPA BUKA?
Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya. "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya di tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!" pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?" "Siapa kata saya mahu masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"
No comments:
Post a Comment